Kelas E-learning – Colorush

17 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk Colorush dimana mereka dikehendaki menyelesaikan teka-teki dengan mengubah arah kotak-kotak supaya cecair bewarna dapat memenuhi bulatan bagi mara ke peringkat yang seterusnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali